Wednesday, October 27, 2010

MINGGU14: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 2010/2011. Selama 14 minggu kuliah berlangsung telah memberi banyak input kepada saya menganai muzik tradisional di Malaysia. Hal ini demikian kerana, dalam kuliah ini saya bukan hanya didedahkan mengenai muzik tradisional tetapi saya turut didedahkan mengenai penggunaan Blog. Pendekatan yang telah digunakan oleh En. Amran sungguh menarik kerana mengikuti pekerbangan pendidikan semasa.

Penggunaan kaedah penulisan jurnal refleksi memang bagus kerana setelah selesai kuliah saya tidak meninggalkan terus menganai tajuk yang diajar tetapi saya perlu mengulangkajinya semula bagi menghasilkan penulisan refleksi mingguan. Walaupun pada permulaan penggunaan kaedah blog ini saya berasa canggung dan kurang arif mengenai penggunaan blog namun setelah beberapa minggu belajar, saya mula memahami cara penggunaan blog. Selain itu, penulisan blog ini dapat mengasah minda saya dalam menulis semula pengalaman yang telah saya timba sebelum ini kerana pada minggu pertama kuliah, saya kurang mahir dalam menulis mengenai jurnal refleksi mingguan namun lama kelamaan saya boleh menulis terus tanpa sebarang keraguan seperti minggu sebelum ini.

Sepanjang saya mengikuti kuliah selama 14 minggu ini saya berasa kandungan kursus ini agak berat. Hal ini demikian kerana saya bukan hanya diajar mengenai jenis muzik tradisional Malaysia tetapi saya turut diajar mengenai not, rentak dan cara alat muzik yang dimainkan yang kurang saya fahami oleh saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai not, rentak dan cara alat muzik dimainkan. selain itu, terdapat beberapa istilah yang kurang difahami oleh saya kerana penerangan yang diberikan kurang jelas.

Kursus ini telah membantu mengambangkan daya pemikiran saya. Hal ini demikian kerana melalui pembelajaran berdasarkan blog pemikiran saya telah dirangsang untuk mempelajari lebih mendalam mengenai penulisan blog. Selain itu, pembelajaran muzik ini mengajar saya berfikir bahawa muzik merupakan satu budaya yang boleh disebarkan dimana-mana sahaja melalui pelbagai cara. Kemahiran kelaboratif juga telah diwujudkan bukan sahaja didalam kelas tetapi juga di laman sesawang seperti di blog dan facebook.

pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam mengajar kursus ini sangat menarik namum kadang-kala agak membosankan kerana kaedah yang sama digunakan pada tiap-tiap minggu seperti pendekatan penulisan blog dan kaedah pengajaran secara kuliah. selain itu, pensyarah juga menggunakan kaedah pembentangan. kaedah ini meminta para pelajar mengkaji mengenai tajuk yang diberi dan membentangkannya disalam kuliah. Cara yang digunakan ini telah banyak membantu memberi pengalaman baru kepada saya.

Penbentangan yang dilakukan oleh setiap kumpulan adalah menarik kerana setiap kumpulan mempunyai keistimewaan masing-masing dalam memberi penerangan kepada kami, namun begitu pembentangan kumpulan yang dilakukan kadang-kadang agak bosan kerana kumpulan pembentang gagal menarik perhatian rakan-rakannya mendegar penerangan mereka. hal ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.

kesimpulannya, selama 14 minggu saya menghadiri kuliah kursus ini terdapat beberapa pengetahuan baharu yang telah saya perolehi. Pada minggu pertama saya telah mempelajari mengenai bunyik, komponen muzik, klasifikasi dan alat-alat muzik. saya telah didedahkan megenai bunyik dan golongan alat muzik terlebih dahulu sebelum saya diajar mengenai muzik-muzik tradisional yang terdpat di Malaysia seperti mak yung, wayang kulit, kompang, tarian singa, caklempong, kuda kepang dan sebagainya pada minggu-minggu seterusnya.

Pada minggu-minggu seterusnya kami telah didedahkan mengenai muzik tradisional di Malayasia seperti wayang kulit, mak yung, caklempong, gamelan, kuda kepang dan sebagainya. Dalam pengajaran mengenai muzik-muzik tradisional di Malaysia ini En. Amram telah menekankan mengenai sejarah sesuatu muzik, jenis-jenis muzik, alat- alat muzik yang digunakan dan cara alat muzik dimainkan.

Pada minggu ketujuh, telah bermula pembentangan tugasan bagi setiap kumpulan sehingga minggu ke 11. Antara tajuk-tajuk yang telah dibentangkan oleh para pelajar ialah mengenai kuda kepang, nobat, wayang kulit, keroncong, monora, okestra cina moden dan pelbagai lagi muzik tradisional Malaysia. hasil pembentangan yang dilakukan oleh para pelajar adalah berkisar menganai sejarah muzik, jenis-jenis muzik, alat-alat muzik yang dimainkan, dan yang paling menarik ialah pembentangan mengenai kajian lapangan yang telah dilakukan bagi mendapatkan hasil yang baik semasa melakukan pembentangan.setelah tamat pembentangan kumpulan pada minggu kesebelas, En Amram menerangkan pula mengenai gendang 24 musim dan tarian singa pada minggu seterusnya.

Pada kuliah yang terakhir En. Amran telah menyimpulkan sedikit mengenai muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Sepanjang mengikuti kuliah muzik tradisional ini saya berasa gembira dan terdapat banyak perkara yang telah dipelajari, namun begitu kuliah yang diadakan ini boleh ditambah baik dengan memperbanyakkan amali daripada teori. Diakhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En. Amran dan rakan-rakan kuliah yang lain keran telah bnyak membantu saya dalam memahami topik-topik yang diajar di dalam kursus ini.
sekian wasalam...=p

Teruskan Membaca...

MINGGU13: JURNAL REFLEKSI

Salam

Pada minggu yag terakhir ini saya telah mempelajari mengenai tarian singa. Sebelum ini saya telah biasa melihat tarian singa ini ketika musin perayaan tahun baru Cina.Semasa melihat tarian cina ini saya hanya melihat tarian ini sebagai satu hiburan semata-mata tanpa melihat atau memikirkan tentang tarian dan dan muzik yang dimainkan semasa tarian ini.





Tarian singa merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Para penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa dan dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Tarian singa ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".Tarian ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke 19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina. Lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.Sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.

Dalam tarian singa terdapat cerita rakyat iaitu cerita 3 wilyah (Three Kingdoms dan sekarang ini hanya satu tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika Tahun Baru Cina, Singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah dan akhirnya singa akan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh. Dari bahagian utara China pula tarian ini dimainkan sebagai hiburan diraja.Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina) dan pergerakkannya lebih kepada pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.


Alat muzik tarian singa terdiri daripada luo, bo,ghu dan lain-lain. Muzik tarian singa adalah muzik genderang bemeter duple dan tekstur polifoni. manakala corak gendang dihubungkait dengan gerakan singa.Lagu “Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching dan terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa:
  • Kemunculan Singa: Titiran
  • Singa Menyembah: Titiran
  • Singa Berjalan: Irama bertitik
  • Singa Menjumpai Makanan: Titiran

ALAT MuZIK TARIAN SINGA




Tarian singa sememangnya meriupakan satu seni tarian yang begitu menarik kerana penarinya yang terdiri daripada dua orang penari seakan-akan bersati menjadi satu dalam menarikan tarian singa. sememangnya saya sungguh berpuas hati pada minggu ini kerana telah dapat mempelajari mengenai tarian singa ini kerana banyak pengetahuan yang telah saya perolehi.selepas ini boleh la saya melihat tarian singa ini sebagai ssatu seni yang menarik dan bukan hanya sekadar hiburan. sekian terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 23, 2010

MINGGU12: JURNAL REFLEKSI

Salam...

Pada minggu ini saya telah mempelajari satu perkara yang baru dan tidak penah saya ketahui kewujudannya iaitu muzik gendang 24 musim. Gendang 24 musim di Malaysia telah diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988 yang import dari negara China. gendang ini berdasarkan musim pertanian di negara China dan nama setiap musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. terdapat 4 musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin.. setiap musim tersebut dibahagikan lagi kepada 6 musim yang lebih kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Musim-musimnya adalah seperti berikut:_

  • Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
  • Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
  • Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
  • Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
  • Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
  • Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
  • Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
  • Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
  • Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
  • Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
  • Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
  • Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
  • Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
  • Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
  • Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
  • Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
  • Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
  • Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
  • Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
  • Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
  • Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
  • Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
  • Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
  • Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)








Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Koreografi pergerakan pemuzik adalah mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian seperti membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.





Gendang yang dimainkan terdiri daripada 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa dan terdapat juga kumpulan yang menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.






Di Malaysia, pada tahun 1988 Persatuan Tionghua Johor Bahru telah menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. Persembahan yang diadakan ini merupakan cetusan idea oleh En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. beliau telah membentuk ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina dan telah mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.





Pada kuliah minggu ini saya berasa seronok kerana telah mempelajari banyak perkara baru mengenai muzik gendang 24 musi. Saya berasa sangat teruja melihat video yang ditayangkan kerana pesembahan yang dilakukan oleh pemain muzik ini sungguh memukau. penerangan yang telah diberikan oleh En. Amram sangat membantu saya memahami tajuk ini. sekian terima kasih..;)
Teruskan Membaca...

Sunday, October 10, 2010

MINGGU11: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan yang seterusnya dengan tajuk wayang kulit. tajuk ini telah di kuliahkan oleh pensyarah saya iaitu En. Amram pada minggu keempat. walaupun saya telah mempunyai pengetahuan menggenai wayang kulit ini semasa mendengar kuliah minggu ke empat tetapi saya masih berminat terhadap pembentangan kumpulan ini. hal ini demikian kerana mereka telah mempersembahkan cerita wayang kulit kepada kami secara langsung.

Persembahan yang dilakukan oleh kumpulan ini secara langsung di dalam kelas telah memberi pengalaman kepada saya yang sebelum ini belum pernah melihat sendiri cara wayang kulit dimainkan. wayang kulit yang dimainkan sememangnya membuatkan saya ketawa namun begitu cerita yang dibawa mempunyai maksud-madsud yang tersendri.

setelah mengadakan persembahan wayang kulit kumpulan ini menerangkan serba sedikit mengenai jenis-jenis wayang kulit. terdapat penambahan input baru daripada kuliah sebelum ini iaitu mengenai wayang gedek yang berasal dari Kedah kerana mereka telah menemuramah mereka yang terlibat dalam wayang kulit ini. penambahan lain ialah terdapat pantang larang dalam wayang kulit iatu semasa membuat patung wayang kulit isteri pembuat patung tidak boleh hamil kerana ditakuti akan di timpa sesuatu yang merbahaya.

selain itu, penambahan ilmu lain adalah saya dapat melihat dan memegang patung wayang kulit itu dengan tangan sendiri. patung-patung ini mempunyai peranan masing-masing dalam wayang kulit.

patung-patung dalam wayang kulit

cara bermain wayang kulit

patung yang melambangkan kerajaan


alat muzik wayang kulit

saya tertarik dengan kata-kata pembengtang mengenai suara tok dalang. seseorng tok dalang itu mesti membuat 30 jenis suara. selain itu, kumpulan ini berpendapat bukan hanya dailek kelantan sahaja boleh digunakan tetapi bahasa ini boleh ditukar kepada bahasa-bahasa lain jika ianya diberi pendedahan kepada semua masyarakat. kesimpulan terdapat input-input baru yang telah saya pelajari pada minggu ini.kumpulan ini berjaya membentangkan tajuk ini dengan menarik sekali.tahniah kepasa semua ahli kumpulan yang terlibat dalam melakukan pembentangan mengenai tajuk ini.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 2, 2010

MINGGU10: JURNAL REFLEKSI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pada minggu ini saya telah mempelajari banyak lagi benda baru yang terdapat dalam muzik tradisional di malaysia iaitu nobat dan okestra cina moden. sebelum ini saya hanya mendengar mengenai nobat didalam television yang telah ditayangkan oleh majalah tiga, namum pada hari ini saya telah memdapat penerangan lanjut dari sahabat-sahabat saya yang membuat pembentangan.

NOBAT

Di Malaysia, Nobat merupakan muzik yang berfungsi besar di istana. Nobat adalah salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.Muzik nobat ini hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan istana nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat.

Nobat menjadi muzik Istana bermula sejak Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

NOBAT TERENGGANU

Berasal dari Riau dan mula digunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali memnggunakan Nobat ialah Puteri Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan nama Tun Telanai. Nobat Diraja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian hujung diperbuat daripada perak. Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripada keturunan Raja pada hari istiadat. Nobat Negeri Terengganu mempunyai tiga belas buah lagu namum hanya 3 lagu yang sering dimainkan iaitu:
  • Lagu Iskandar Shah
  • Lagu Ibrahim Khalil
  • Lagu Seri Istana (Semang)
NOBAT SELANGOR DAN PERAK

Nobat di Selangor dan perak adaah sama kerana nobat Selangor berasal dari Nobat Perak dan dipersembahkan untuk Upacara Majlis Istiadat tertentu iaitu Pertabalan Diraja, Perkahwinan Diraja, Majlis-majlis Rasmi Diraja dan Kemangkatan Diraja. Nobat Negeri Selangor mengandungi, Gendang Nobat (biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu), Nafiri (digunakan dalam memulakan sesuatu lagu), Gendang Nengkara (gendang yang membawa lagu), Serunai (alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan), Gendang Penengkah (gendang yang memasuki irama ke dalam lagu). Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu berikut:
  • Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
  • Puteri Mandi Mayang
  • Rama-rama Terbang Tinggi
Waktu bermain ialah Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah pagi dan petang dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

NOBAT NEGERI KEDAH

Alat-alat muzik nobat kedah terdiri daripada nahara iaitu dua buah gendang kecil.gendang ibu dan anak, nafiri, gong, dan tongkat cakna. Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru. Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti pertabalan, perkahwinan Diraja atau kemangkatan Diraja. Alat-alat Nobat hanya boleh dimain oleh pemain Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu. Di kedah nobat biasanya dimainkan setiap kali sebelum masuk sembahyang, setiap hari Jumaat, Istiadat Pertabalan Raja (Sultan), Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja, kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain . Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:
  • Lagu Raja Burung
  • Lagu Belayar
  • Lagu Gendering Perang
  • Lagu Mambang Berkayuh

Masih terdapat balai nobat di Kedah yang dibina pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Alat muzik yang dimainkan dalam insrument nobat ialah serunai, gendang ibu dan anak, nafiri, gong, semambu dan terdapat 19 lagu nobat iaitu
• Lagu Raja Burung.
  • Lagu Belayar.
  • Lagu Sepindin.
  • Lagu Lumat.
  • Lagu Gendang Anak.
  • Lagu Sadaruna.
  • Lagu Malawala.
  • Lagu Gendang Perang.
  • Lagu Palu.


Nafiri


Serunai

Gong

Nakara


Kumpulan nobat


Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib. Aturannya adalah pada waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
  • Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.
  • Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
  • Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
  • Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
  • Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucu





Okestra Cina Moden


Muzik klasik masyarakat Cina bermula di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 SM. Maharaja Huang Ti telah menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung Phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Bangsa Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu. Antara alat muzik yang wijud ialah sebuah koleksi lonceng, drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai yang diperbuat daripada perunggu pada makam bangsawan Yi dari Zeng pada abad ke-5 SM).
Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun masyarakat Cina dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius yang percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyaraka.Mengikut kajian ahli 'ethnomusicologist', alat muzik tradisional Cina diklasifikasikan kepada 8 kumpulan (bayik) sesuai dengan bahan-bahan yang digunakan logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu.

Sekitar abad ke-19, tradisi muzik Cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik Barat, Orkestra Simfoni dan Konsert Opera Barat. Banyak pertunjukkan mulai dibuat di China sehingga masyarakat Cina membuat modenisasi dalam muzik mereka. Pada ketika itu muzik tradisional Cina dimainkan seiring dengan komposisi moden. Muzik kontemporari popular Cina merupakan hasil perpaduan muzik tradisional Cina dengan muzik popular.

Contoh alat muzik cina


Yangqin

Sheng

Erhu

Dizi


Okestra cina moden di Malaysia telah berkembang dalam masyarakat cina kerana ianya dibawa sendiri oleh orang cina yang datang berdagang dan yang menatap di Malaysia pada masa dahulu. Pada mulanya okestra cina moden di Malaysia, tidak mempunyai conductor atau pemimpin, tidak mempunyai notasi dan diketuai oleh alat muzik gesekan

Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mulai terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada tahun 1930-an. Setelah melihat perkembangan Orkestra Cina Moden di China melalui Singapura, Malaysia mula mengorak langkah dalam memperkembangkan Orkestra Cina Moden di sini. Selepas itu, terbentuklah Orkestra Cina Moden yang sedia ada di Malaysia sekarang. Ada pelbagai penambahan alat untuk membolehkan ia memainkan repertoire lagu moden.

namun begitu okestra cina moden di Malaysia agak sukar berkembang kerana mereka hanya bergantung kepada bajet sendiri sekiranya ingin membuat persembahan.secara kesimpulannya, pembentangan pada hari ini sangat baik kerana mereka mampu menerangkan dengan jelas kepada kami mengenai nobat dan apa itu okestra cina moden. Tahniah kepada kumpulan pembentang.
sekian sahaja pada minggu ini...=p

Okestra cina moden telah menjadi tumpuan besar penduduk Cina Malaysia di kawasan bandar, namun dengan kadar yuran yang rendah memyebabkan golongan berpendapatan rendah juga dapat bermain muzik ini. Sebahagian besar daripadanya ditaja oleh pelbagai pertubuhan Cina termasuk sekolah dan masyarakat Buddha. Okestra ini adalah sebuah orkestra khas yang terdiri daripada 12 hingga 50 orang ahli dan mula mencapai populariti yang agak besar di kalangan generasi muda kaum Cina. Ianya dipersembahkan dalam upacara-upacara penting masyarakat Cina dan majlis-majlis rasmi di negara kita.
Teruskan Membaca...

Saturday, September 25, 2010

MINGGU9 : JURNAL REFLEKSI

salam...

kuliah pada iggu ini adalah sangat menarik kerana saya disedahkan dengan pelbagai perkara. pada minggu ini terdapat 3 slot dalam yang telah diatir dalam kuliah kami iaitu slot pertama, pertunjukkan cara bermain alat muzik oleh staf dan pelajar upsi yang diketuai oleh dekan fakulti muzik sendiri, slot kedua, pembincangan sedikit mengenai muzik tradisional malaysia dan slot ke- perbentangan daripada kumpulan mak yung.




Serunai


Rebab Kedah


Rebab Kelantan


Di Malaysia terdapat dua jenis rebab iaitu rebab kedah dan rebab kelantan. kedua-dua alat ini mempunyai perbezaan dari pelbagai segi seperti rebab kelantan mempunyai muka yang berbentuk manakala rebab kedah hanya berbentuk bulat.selain itu rebab kelantan mempunyai susu tetapi rebab kedah tiada susu.


sepasang tetawak



gedumbak


para pemuzik menunjukkan cara bermain alat diatas dengan memainkan pelbagai lagu seperti lagu Pak Dogo, lagu hulu balang dan wayang kulit. bagi rebab pula lagu yang dimainkan adalah kijang emas. saya amat kagum danteruja melihat pesembahan yang mantap daripada pemuzik yang dijemput walaupun mereka menyatakan baru sahaja berlatih selama 5 minit yang lalu.

setelah selesai pertunjukkan slot kedua iaitu slot mengenai muzik tradisioanal malaysia telah dibincangkan dan imput yang telah saya dapat melalui perbincangan ini ialah budaya tidak memunpunyai sempadan seperti sempadan politik. hal ini menyebabkan budaya muzik antara malaysia, indonesia, Thailand and singapura mempunyai pelbagai persamaan.

slot kertiga, walaupun pembentang dimulakan agak lewat namun pada permualaan pembentangan para pembentang telah memulakan pembentangan dengan cara yang menarik sekali kerana mereka telah mengajar kami serba sedikit cara-cara menari makyung. saya mengikuti tarian yang diajar meskipun tangan keras keran tidak pernah menari.

pada hari ini saya telah dapat menambah lagi ilmu saya mengenai drama tarii makyung. antara yang telah saya pelajari mengenai makyong pada hari ini ialah sejarah makyong, bagaimana kejatuhan muzik makyong,kehidupan semula makyong, jenis-jenis makyong, cerita dalam makyong, pkaian dan muzik makyong.







perkara yang paling penting dalam makyung ialah upacara mengadap rebab semasa membuka panggung. terdapat beberapa jenis makyonh iaitu :
  • Makyong Patani
  • Makyong Kelantan
  • Makyong Kedah
  • Makyong Laut
  • Makyong Riau
  • Makyong Medan
  • Makyong Kalimantan


selain itu,Cerita-cerita Makyung diambil dari Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit dan daripada cerita Bangsawan. Ini kerana Menora, Makyung dan Wayang Kulit merupakan rumpun genre teater tradisional. waktak-watak yang terdapat dalam makyung terdiri daripada
  • watak pak yong- terdapat dua pak yong iaitu pak yong muda dan pak yong tua
  • watak makyong
  • watak peran-peran tua dan peran muda
  • watak dewa- kerana makyong dikaitan dengan dewa sakti.
  • watak tok wak
  • watak jin
  • watak Binatang


dari segi pakaian,Pakaian Puteri Mak Yong hampir sama dengan Mak Yong. Kebaya sutera dan kerongsang daripada emas dan permata serta kain sibar. Juga memakai pending. Tetapi pending Mak Yong lebih cantik daripada pending puteri kerana dihiasi dengan sebutir permata. pakaian bagi peran pula ialah kain sarung dan sepasang seluar besar. Kain semutar dibuat daripada kain kapas diikat dipinggangnya. Salah seorang peran akan memainkan watak Tok Bomoh.Peran menggunakan replika parang daripada kayu dan diselit pada pinggang. manakala bagi pelakon-pelakon lain seperti dayang akan memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tidak berpending atau berkain sibar dengan rambut mereka disanggul dan dihias bunga melur.Semua pelakon dalam persembahan Mak Yong tidak memakai kasut.

para pembentang juga menekankan mengenai alat muzik utama bagi makyong iaitu:
  • Rebab tiga tali
  • Sepasang gendang
  • Sepasang tetawak

terdapat 29 jenis lagu dalam makyong, antaranya ialah:
  • Lagu Menghadap Rebab- terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab.
  • Lagu Kijang Mas- dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong.
  • Lagu Sindung- dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan
  • Lagu Sedayung- lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @ watak lain.
  • Lagu Mengambul- dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih.


pembentangan pada minggu ini adalah menarik kerana para pembentang berjaya menarik perhatian kami dalam mendengar tentang perkara yang dibincangkan iaitu mengenai makyong namum begitu pembentangan ini akan bertambah menarik lagi jika para pembentang dapat manayangkan vedeo tarian makyong supaya boleh menampakkan perbezaan antara lagu atau jenis-jenis makyong. walaulaupun begitu, pembentangan yang dilakukan masih menarik dan kemungkinan kumpulan ini telah menyediakan video mengenai makyong ini, namum kesempatan yang sedikit diberikan untuk para pembentang menyebabkan mereka tidak dapat menunjukkan vedio yang telah mereka sediakan. selai itu, saya boleh melawati ke blog mereka untuk melihat lebih lanjut mengenai makyong.
sekian saja terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kuliah yang menarik pada hari ini.
Teruskan Membaca...

Sunday, September 5, 2010

MINGGU8 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pada minggu kuliah minggu ini, pembentangan diteruskan oleh kumpulan seterusnya dengan tajuk monora. monora???ramai yang pasti tertanya-tanya apa itu monora.sama seperti saya yang tidak pernah mendengar dan tidak pernah tahu apa itu monora sebelum saya mengikuti pembentangan yang dilakukan oleh sahabat saya pada minggu ini. monora merupakan sebuah muzik tradisional melayu yang masih terkenal di kelantan dan perlis. monora merupakan satu seni drama tari yang mempunyai 12 buah cerita dan terdapat 7 cerita telah diubahsuai. monora ini dikatakan berasal daripada Songkla Thailand.saya mudah memehami mengenai sejarah monora ini kerana pihak pembentang telah menerangkan dengan baik sekali dan telah menyimpulkan sejarah dengan monora dengan cara tersendiri iaitu dengan melakonkan sendiri watak-watak yang terdapat dalam 12 cerita puteri seri mala.

kumpulan ini telah menunjukkan hasil temuramah mereka dengan orang yang telibat dalam mnora ini iaitu hj mohammad tharuwat bin hj Ismail Bakti yang berasal daripada kelantan. beliau berpendapat bahawa monora adalah hak milik kita dan monora malaysia adalah berbeza dengan monora Thailand. hal ini kerana walaupun monora berasal dari Thailand namum pada masa sekarang monora lebih terkenal di kelantan dan pelbagai perubahan telah dilakukan dan masyarakat thailand seniri telah meniru serbasedikit monora dari kelantan.

persembahan monora sama seperti persembahan seni tari yang lain yang mempunyai pakaian sendiri seperti memakai topeng, kecopong dan bajunya yang tersendiri yang dipakai oleh penari lelaki dan perempuan.terdapat perbezaan antara pakaian yang dipakai oleh penari monora malaysia dan tahailan. perbezaan dapat dilihat dari segi kecopong iaitu mahkota yang dipakai oleh penari. kecopong malaysia mempunyai bentuk telinga tetapi thailan tidak mempunyai telinga.selain itu, kuku yang dipakai oleh thailan lurus tetapi kuku yang dipakai oleh penari monora malaysia lentik pada hujung kukunya.

menariknya penari dalam monora mesti memakai topeng. hal ini demikian kerana dikatakan bahawa masyarakat lelaki dahulu mempunyai rupa paras yang hodoh dan dengan memakai topeng ini rupa paras mereka tidak dapat dilihat oleh penonton.

pesembaham monora ini dilakukan dengan 3 tujuan iaitu tujuan agama, persembhan ataupun amalan ritual. dalam monora terdapat juga acara ritual yang dijalankan seperti pembukaan gelanggan dengan menyediakan colok, pulut kuning,darah, beras,sirih dan pelbagai lagi. acara ritual ini menunjukkan bahawa dalam monora juga terdapat pantang larang tertentu seperti alatan persembahan perlu disimpan ditempat yang baik supaya tidak terdapat spirit yang menggangu persembahan akan datang jika ianya tidak dijaga dengan baik.

alat muzik yang dimainkan dalam monora terdiri daripada geduk, canang, pi nai, gedombak, cerek dan kesi. namum pada hari ini terdapat pelbagai alat muzik lain turut digunakan dalam monora yang bertujuan untuk mengharmonikan lagi muzik monora ini. gerak tari dalam monora juga mempunyai cara tersendiri seperti gerak tari masuk, gerak tari penjuru besar, gerak tari penjuru kecil, gerak tari labah-labah dan pelbagai lagu.

pembentangan pada hari ini sangat menarik kerana kami dihidangkan dengan pelbagai ilmu yang baru dan penerangan yang diberikan oleh pembentang dapat memberi gambaran kepada saya tentang apa ini monora. tahniah kepada kumpulan pembentang atas kejayaan melakukan penerangan mengenai monora dengan baik.

akhir kata selamat hari raya. berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang...sekian terima kasih....=p
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 LUBNA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template