Saturday, October 2, 2010

MINGGU10: JURNAL REFLEKSI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pada minggu ini saya telah mempelajari banyak lagi benda baru yang terdapat dalam muzik tradisional di malaysia iaitu nobat dan okestra cina moden. sebelum ini saya hanya mendengar mengenai nobat didalam television yang telah ditayangkan oleh majalah tiga, namum pada hari ini saya telah memdapat penerangan lanjut dari sahabat-sahabat saya yang membuat pembentangan.

NOBAT

Di Malaysia, Nobat merupakan muzik yang berfungsi besar di istana. Nobat adalah salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.Muzik nobat ini hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan istana nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat.

Nobat menjadi muzik Istana bermula sejak Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

NOBAT TERENGGANU

Berasal dari Riau dan mula digunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali memnggunakan Nobat ialah Puteri Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan nama Tun Telanai. Nobat Diraja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian hujung diperbuat daripada perak. Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripada keturunan Raja pada hari istiadat. Nobat Negeri Terengganu mempunyai tiga belas buah lagu namum hanya 3 lagu yang sering dimainkan iaitu:
  • Lagu Iskandar Shah
  • Lagu Ibrahim Khalil
  • Lagu Seri Istana (Semang)
NOBAT SELANGOR DAN PERAK

Nobat di Selangor dan perak adaah sama kerana nobat Selangor berasal dari Nobat Perak dan dipersembahkan untuk Upacara Majlis Istiadat tertentu iaitu Pertabalan Diraja, Perkahwinan Diraja, Majlis-majlis Rasmi Diraja dan Kemangkatan Diraja. Nobat Negeri Selangor mengandungi, Gendang Nobat (biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu), Nafiri (digunakan dalam memulakan sesuatu lagu), Gendang Nengkara (gendang yang membawa lagu), Serunai (alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan), Gendang Penengkah (gendang yang memasuki irama ke dalam lagu). Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu berikut:
  • Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
  • Puteri Mandi Mayang
  • Rama-rama Terbang Tinggi
Waktu bermain ialah Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah pagi dan petang dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

NOBAT NEGERI KEDAH

Alat-alat muzik nobat kedah terdiri daripada nahara iaitu dua buah gendang kecil.gendang ibu dan anak, nafiri, gong, dan tongkat cakna. Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru. Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti pertabalan, perkahwinan Diraja atau kemangkatan Diraja. Alat-alat Nobat hanya boleh dimain oleh pemain Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu. Di kedah nobat biasanya dimainkan setiap kali sebelum masuk sembahyang, setiap hari Jumaat, Istiadat Pertabalan Raja (Sultan), Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja, kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain . Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:
  • Lagu Raja Burung
  • Lagu Belayar
  • Lagu Gendering Perang
  • Lagu Mambang Berkayuh

Masih terdapat balai nobat di Kedah yang dibina pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Alat muzik yang dimainkan dalam insrument nobat ialah serunai, gendang ibu dan anak, nafiri, gong, semambu dan terdapat 19 lagu nobat iaitu
• Lagu Raja Burung.
  • Lagu Belayar.
  • Lagu Sepindin.
  • Lagu Lumat.
  • Lagu Gendang Anak.
  • Lagu Sadaruna.
  • Lagu Malawala.
  • Lagu Gendang Perang.
  • Lagu Palu.


Nafiri


Serunai

Gong

Nakara


Kumpulan nobat


Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib. Aturannya adalah pada waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
  • Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.
  • Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
  • Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
  • Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
  • Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucu





Okestra Cina Moden


Muzik klasik masyarakat Cina bermula di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 SM. Maharaja Huang Ti telah menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung Phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Bangsa Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu. Antara alat muzik yang wijud ialah sebuah koleksi lonceng, drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai yang diperbuat daripada perunggu pada makam bangsawan Yi dari Zeng pada abad ke-5 SM).
Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun masyarakat Cina dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius yang percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyaraka.Mengikut kajian ahli 'ethnomusicologist', alat muzik tradisional Cina diklasifikasikan kepada 8 kumpulan (bayik) sesuai dengan bahan-bahan yang digunakan logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu.

Sekitar abad ke-19, tradisi muzik Cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik Barat, Orkestra Simfoni dan Konsert Opera Barat. Banyak pertunjukkan mulai dibuat di China sehingga masyarakat Cina membuat modenisasi dalam muzik mereka. Pada ketika itu muzik tradisional Cina dimainkan seiring dengan komposisi moden. Muzik kontemporari popular Cina merupakan hasil perpaduan muzik tradisional Cina dengan muzik popular.

Contoh alat muzik cina


Yangqin

Sheng

Erhu

Dizi


Okestra cina moden di Malaysia telah berkembang dalam masyarakat cina kerana ianya dibawa sendiri oleh orang cina yang datang berdagang dan yang menatap di Malaysia pada masa dahulu. Pada mulanya okestra cina moden di Malaysia, tidak mempunyai conductor atau pemimpin, tidak mempunyai notasi dan diketuai oleh alat muzik gesekan

Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mulai terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada tahun 1930-an. Setelah melihat perkembangan Orkestra Cina Moden di China melalui Singapura, Malaysia mula mengorak langkah dalam memperkembangkan Orkestra Cina Moden di sini. Selepas itu, terbentuklah Orkestra Cina Moden yang sedia ada di Malaysia sekarang. Ada pelbagai penambahan alat untuk membolehkan ia memainkan repertoire lagu moden.

namun begitu okestra cina moden di Malaysia agak sukar berkembang kerana mereka hanya bergantung kepada bajet sendiri sekiranya ingin membuat persembahan.secara kesimpulannya, pembentangan pada hari ini sangat baik kerana mereka mampu menerangkan dengan jelas kepada kami mengenai nobat dan apa itu okestra cina moden. Tahniah kepada kumpulan pembentang.
sekian sahaja pada minggu ini...=p

Okestra cina moden telah menjadi tumpuan besar penduduk Cina Malaysia di kawasan bandar, namun dengan kadar yuran yang rendah memyebabkan golongan berpendapatan rendah juga dapat bermain muzik ini. Sebahagian besar daripadanya ditaja oleh pelbagai pertubuhan Cina termasuk sekolah dan masyarakat Buddha. Okestra ini adalah sebuah orkestra khas yang terdiri daripada 12 hingga 50 orang ahli dan mula mencapai populariti yang agak besar di kalangan generasi muda kaum Cina. Ianya dipersembahkan dalam upacara-upacara penting masyarakat Cina dan majlis-majlis rasmi di negara kita.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 LUBNA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template