Wednesday, July 28, 2010

MINGGU3: JURNAL REFLEKSI

salam...

Pada minggu ini saya telah mempelajari beberapa pekara baru mengenai muzik tradisional di Malaysia seperti kaedah klasifikasi, kategori muzik tradisional Malaysia, dan ciri-ciri muzik tradisional. pengetahuan saya terhadap muzik tradisional di Malaysia adalah sekadar pada muzik-muzik yang terkenal seperti ghazal, zapin, wayang kulit, mak yung, opera china, tarian singa dan dondang sayang. walaupun saya mempunyai pengetahuan mengenai muzik-muzik ini namun tidak secara mendalam dan terdapat sesetengah daripada muzik ini yang saya ketahui hanya sekadar namanya sahaja seperyi ghazal, mak yung dan dondang sayang. Hal ini demikian kerana saya hanya mendengar nama-nama muzik tradisional ini daripada rakan-rakan saya, namun pada kuliah minggu ini saya telah dapat gambaran serba sedikit tentang muzik tradisional yang diceritakan oleh kawan-kawan saya dan saya telah dapat menambah pengetahuan saya mengenai muzik-muzik tradisional Malaysia lain yang terdapat di Malaysia.





Antara pelajaran yang telah saya dapat pada hari ini ialah kaedah klasifikasi muzik tradisional di Malaysia. Kaedah klasifikasi ini terdiri daripada adaptational (penyerapam organik) dan idiosyncratic (cara/ gaya tersendiri). adaptational ini merupakan muzik dipengaruhi oleh budaya setempat. sebagai contoh ghazal, ghazal yang dimainkan di Johor adalah berbeza dengan ghazal pathi yang berasal dari Pulau Pinang. perbezaan antara kedua-dua ghazal ini ialah di dalam ghazal pathi terdapat penari yang akan menari semasa lagu ghazal dinyanyikan tetapi ghazal yang di mainkan di Johor tidak mempunyai penyanyi seperti ghazal di Pulau Pinang. Idiosyncratic pula mempunyai gaya tersendiri dan tidak berubah mengikut budaya tempatan seperti gabus.











perkara yang menarik yang telah saya pelajari pada hari ini ialah terdapat 'Ustaz' di dalam ghazal. Ustaz yang dimaksudkan ini ialh orang yang bertanggung jawab menyanyikan lagu ghazal. panggilan ini adalah kerana ketua yang menyanyikan lagu ghazal ini boleh menyanyikan lagu ghazal dalam bahasa arab dan ustaz ini membawa maksud guru.

semasa kuliah yang lepas saya hanya mempelajari empat kategori alat muzik daripada barat namum pada minggu ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya mengenai kategori alat muzik daripada CHina dan India. ketegori atau penyusunan alat muzik di China adalah berbeza dengan katogeri alat muzik daripada Barat kerana di China terdapat lapan kategori alat muzik iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Di India pula, terdapat empat kategori penyusunan alat muzik iaitu gong, simbal, dan loceng, gendang, alat bertali dan alat tiupan. sistem penyusunan alat muzik ini telah berkembang sejak abad pertama sebelum masihi, dan ini menunjukkan bahawa masyarakat India lebih awal membuat penyusunan dalam jenis-jenis alat muzik mereka berbanding dengan Barat yang agak lewat.

Tahukan anda bahawa dalam muzik tradisional Malaysia terdapat dua ciri utama iaitu Tradisi Besar ( budaya klasik/ istana) dan Tradisi kecil (Budaya rakyat). kedua-dua ciri ini mempunyai banyak perbezaan namun begitu masih terdapat beberapa pekara yang sama antara kedua-dua muzik ini. Tradisi besar juga dikenali sebagai muzik klasik merupakan muzik yang dimainkan di Istana atau bandar dan mempunyai asas sejarah dan teori yang kukuh sehingga membolehkannya dipelajari melalui transaksi intelek serta sistematik seperti gamelan. Berbeza dengan transaksi kecil atau muzik rakyat yang hanya dimainkan oleh masyarakat petani atau desa dan tidak mudah berubah kerana pelajarannya secara bersahaja dan lebih kepada peniruan seperti wayang kulit.

saya turut mempelajari mengenai muzik sinkretik. Muzik ini di maikan di bandar dan di desa kerana muzik ini dihasilkan dengan gabungan antara muzik klasik dan muzik rakyat. Hal ini demikian kerana muzik sinkretik merupakan muzik yang merangkumi dua unsur muzik di dalamnya seperti ghazal. pada hari ini, masyarakat di Malaysia lebih berminat mendengar muzik yang bercirikan barat yang dikenali sebagai muzik kontemporary. Muzik ini adlaah bercirikan muzik barat yang digubah oleh pemuzik popular dan beleeh berubah dalam masa yang pendek. muzik ini mempunyai satu sistem notasi dan sistematik serta turut meminjamnya dari luar.

pelajaran lain yang dapat saya pelajari pada hari ini ialah mengenai enam ciri-ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderuag, vokal dan intrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain. Dalam bahagian ini saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai muzik tradisional di Malaysia yang sebelum ini tidak saya ketahui. sebagai contoh, ensembel genderang mempunyai ciri-ciri stand alone, boleh digunakan dalam upacara dan retual tertentu atau seni mempertahankan diri.

keseluruhannya, pelajaran yang saya dapat pelajari pada hari ini sangat menarik walaupun terdapat beberapa perkara yang agak sukar untuk difahami. walaubagaimana pun dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah telah banyak membantu saya untuk lebih memahami tajuk ini. sebagai contoh, pensyarah telah menyuruh pelajar kursus muzik menunjukkan rentak permainan kompang tanpa menggunakan kopan tetapi hanya dengan menepuk tangan telah berjaya memberikan gambaran kepada saya mengenai muzik kompang.

selepas mempelajari topik hari ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya dengan mengaplikasi pengajaran yang diajar oleh pensyarah dan sentiasa memandang secara kritikal setiap muzik yang saya dengar dan lihat.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 LUBNA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template