Wednesday, October 27, 2010

MINGGU14: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 2010/2011. Selama 14 minggu kuliah berlangsung telah memberi banyak input kepada saya menganai muzik tradisional di Malaysia. Hal ini demikian kerana, dalam kuliah ini saya bukan hanya didedahkan mengenai muzik tradisional tetapi saya turut didedahkan mengenai penggunaan Blog. Pendekatan yang telah digunakan oleh En. Amran sungguh menarik kerana mengikuti pekerbangan pendidikan semasa.

Penggunaan kaedah penulisan jurnal refleksi memang bagus kerana setelah selesai kuliah saya tidak meninggalkan terus menganai tajuk yang diajar tetapi saya perlu mengulangkajinya semula bagi menghasilkan penulisan refleksi mingguan. Walaupun pada permulaan penggunaan kaedah blog ini saya berasa canggung dan kurang arif mengenai penggunaan blog namun setelah beberapa minggu belajar, saya mula memahami cara penggunaan blog. Selain itu, penulisan blog ini dapat mengasah minda saya dalam menulis semula pengalaman yang telah saya timba sebelum ini kerana pada minggu pertama kuliah, saya kurang mahir dalam menulis mengenai jurnal refleksi mingguan namun lama kelamaan saya boleh menulis terus tanpa sebarang keraguan seperti minggu sebelum ini.

Sepanjang saya mengikuti kuliah selama 14 minggu ini saya berasa kandungan kursus ini agak berat. Hal ini demikian kerana saya bukan hanya diajar mengenai jenis muzik tradisional Malaysia tetapi saya turut diajar mengenai not, rentak dan cara alat muzik yang dimainkan yang kurang saya fahami oleh saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai not, rentak dan cara alat muzik dimainkan. selain itu, terdapat beberapa istilah yang kurang difahami oleh saya kerana penerangan yang diberikan kurang jelas.

Kursus ini telah membantu mengambangkan daya pemikiran saya. Hal ini demikian kerana melalui pembelajaran berdasarkan blog pemikiran saya telah dirangsang untuk mempelajari lebih mendalam mengenai penulisan blog. Selain itu, pembelajaran muzik ini mengajar saya berfikir bahawa muzik merupakan satu budaya yang boleh disebarkan dimana-mana sahaja melalui pelbagai cara. Kemahiran kelaboratif juga telah diwujudkan bukan sahaja didalam kelas tetapi juga di laman sesawang seperti di blog dan facebook.

pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam mengajar kursus ini sangat menarik namum kadang-kala agak membosankan kerana kaedah yang sama digunakan pada tiap-tiap minggu seperti pendekatan penulisan blog dan kaedah pengajaran secara kuliah. selain itu, pensyarah juga menggunakan kaedah pembentangan. kaedah ini meminta para pelajar mengkaji mengenai tajuk yang diberi dan membentangkannya disalam kuliah. Cara yang digunakan ini telah banyak membantu memberi pengalaman baru kepada saya.

Penbentangan yang dilakukan oleh setiap kumpulan adalah menarik kerana setiap kumpulan mempunyai keistimewaan masing-masing dalam memberi penerangan kepada kami, namun begitu pembentangan kumpulan yang dilakukan kadang-kadang agak bosan kerana kumpulan pembentang gagal menarik perhatian rakan-rakannya mendegar penerangan mereka. hal ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.

kesimpulannya, selama 14 minggu saya menghadiri kuliah kursus ini terdapat beberapa pengetahuan baharu yang telah saya perolehi. Pada minggu pertama saya telah mempelajari mengenai bunyik, komponen muzik, klasifikasi dan alat-alat muzik. saya telah didedahkan megenai bunyik dan golongan alat muzik terlebih dahulu sebelum saya diajar mengenai muzik-muzik tradisional yang terdpat di Malaysia seperti mak yung, wayang kulit, kompang, tarian singa, caklempong, kuda kepang dan sebagainya pada minggu-minggu seterusnya.

Pada minggu-minggu seterusnya kami telah didedahkan mengenai muzik tradisional di Malayasia seperti wayang kulit, mak yung, caklempong, gamelan, kuda kepang dan sebagainya. Dalam pengajaran mengenai muzik-muzik tradisional di Malaysia ini En. Amram telah menekankan mengenai sejarah sesuatu muzik, jenis-jenis muzik, alat- alat muzik yang digunakan dan cara alat muzik dimainkan.

Pada minggu ketujuh, telah bermula pembentangan tugasan bagi setiap kumpulan sehingga minggu ke 11. Antara tajuk-tajuk yang telah dibentangkan oleh para pelajar ialah mengenai kuda kepang, nobat, wayang kulit, keroncong, monora, okestra cina moden dan pelbagai lagi muzik tradisional Malaysia. hasil pembentangan yang dilakukan oleh para pelajar adalah berkisar menganai sejarah muzik, jenis-jenis muzik, alat-alat muzik yang dimainkan, dan yang paling menarik ialah pembentangan mengenai kajian lapangan yang telah dilakukan bagi mendapatkan hasil yang baik semasa melakukan pembentangan.setelah tamat pembentangan kumpulan pada minggu kesebelas, En Amram menerangkan pula mengenai gendang 24 musim dan tarian singa pada minggu seterusnya.

Pada kuliah yang terakhir En. Amran telah menyimpulkan sedikit mengenai muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Sepanjang mengikuti kuliah muzik tradisional ini saya berasa gembira dan terdapat banyak perkara yang telah dipelajari, namun begitu kuliah yang diadakan ini boleh ditambah baik dengan memperbanyakkan amali daripada teori. Diakhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En. Amran dan rakan-rakan kuliah yang lain keran telah bnyak membantu saya dalam memahami topik-topik yang diajar di dalam kursus ini.
sekian wasalam...=p

Teruskan Membaca...

MINGGU13: JURNAL REFLEKSI

Salam

Pada minggu yag terakhir ini saya telah mempelajari mengenai tarian singa. Sebelum ini saya telah biasa melihat tarian singa ini ketika musin perayaan tahun baru Cina.Semasa melihat tarian cina ini saya hanya melihat tarian ini sebagai satu hiburan semata-mata tanpa melihat atau memikirkan tentang tarian dan dan muzik yang dimainkan semasa tarian ini.





Tarian singa merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Para penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa dan dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Tarian singa ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".Tarian ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke 19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina. Lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.Sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.

Dalam tarian singa terdapat cerita rakyat iaitu cerita 3 wilyah (Three Kingdoms dan sekarang ini hanya satu tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika Tahun Baru Cina, Singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah dan akhirnya singa akan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh. Dari bahagian utara China pula tarian ini dimainkan sebagai hiburan diraja.Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina) dan pergerakkannya lebih kepada pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.


Alat muzik tarian singa terdiri daripada luo, bo,ghu dan lain-lain. Muzik tarian singa adalah muzik genderang bemeter duple dan tekstur polifoni. manakala corak gendang dihubungkait dengan gerakan singa.Lagu “Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching dan terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa:
  • Kemunculan Singa: Titiran
  • Singa Menyembah: Titiran
  • Singa Berjalan: Irama bertitik
  • Singa Menjumpai Makanan: Titiran

ALAT MuZIK TARIAN SINGA




Tarian singa sememangnya meriupakan satu seni tarian yang begitu menarik kerana penarinya yang terdiri daripada dua orang penari seakan-akan bersati menjadi satu dalam menarikan tarian singa. sememangnya saya sungguh berpuas hati pada minggu ini kerana telah dapat mempelajari mengenai tarian singa ini kerana banyak pengetahuan yang telah saya perolehi.selepas ini boleh la saya melihat tarian singa ini sebagai ssatu seni yang menarik dan bukan hanya sekadar hiburan. sekian terima kasih.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 LUBNA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template