Salam...
Pada minggu ini saya telah mempelajari satu perkara yang baru dan tidak penah saya ketahui kewujudannya iaitu muzik gendang 24 musim. Gendang 24 musim di Malaysia telah diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988 yang import dari negara China. gendang ini berdasarkan musim pertanian di negara China dan nama setiap musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. terdapat 4 musim utama iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin.. setiap musim tersebut dibahagikan lagi kepada 6 musim yang lebih kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Musim-musimnya adalah seperti berikut:_
- Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
- Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
- Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
- Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
- Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
- Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
- Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
- Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
- Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
- Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
- Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
- Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
- Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
- Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
- Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
- Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
- Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
- Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
- Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
- Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
- Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
- Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
- Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
- Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)
Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Koreografi pergerakan pemuzik adalah mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian seperti membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.
Gendang yang dimainkan terdiri daripada 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa dan terdapat juga kumpulan yang menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.
Di Malaysia, pada tahun 1988 Persatuan Tionghua Johor Bahru telah menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. Persembahan yang diadakan ini merupakan cetusan idea oleh En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. beliau telah membentuk ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina dan telah mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.
Pada kuliah minggu ini saya berasa seronok kerana telah mempelajari banyak perkara baru mengenai muzik gendang 24 musi. Saya berasa sangat teruja melihat video yang ditayangkan kerana pesembahan yang dilakukan oleh pemain muzik ini sungguh memukau. penerangan yang telah diberikan oleh En. Amram sangat membantu saya memahami tajuk ini. sekian terima kasih..;)
0 comments:
Post a Comment