Thursday, August 26, 2010

MINGGU7 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....;)

Pada minggu ini, telah bermulanya pembentangan tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan pembentang pertama yang membincangkan mengenai Muzik tradisional Keroncong dan kumpulan dua iaitu kumpulan saya sendiri membentangkan mengenai tajuk Kuda Kepang.

Keroncong merupakan satu muzik tradisional yang agak asing bagi diri saya . hal ini demikian kerana saya kurang berminat dan jarang sekali mendengar mengenai muzik keroncong ini, namum setelah pembentangan yang hebat dilakukan oleh kumpulan satu telah dapat menarik sedikit minat saya terhadap muzik yang telah di bawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja di Malaysia.Selain mencari nafkah mereka juga turut membawa kesenian mereka.

tahukah kita bahawa muzik keroncong ini , pada permulaannya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P. Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar dan ramai lagi. Sebagai contoh, lagu keroncong yang telah digubah oleh pemuzi tempatan:-







Menarik!!!
Telah berlaku evulusi dalam alat muzik keroncong yang lama dah baharu.Pada zaman tradisional Ukelele dimainkan dengan diiringi oleh tempurung kelapa, kentung bambu, dan sebagainya. Alat muzik rebana juga urut dimasukan kedalam alat muzik keroncong ada abd ke 16, kemudian terdapat penambahan alat muzik seperti alat muzik mandolin, harmonika, Violin,dan cak. Terdapat alat juga penukaran alat muzik keroncong seperti rebana telah digantikan dengan petikan gitar manakala tahun 1934, gitar digantikan dengan Cello yang dipetik secara pizzicato. Namum pada akhirnya, alat muzik keroncong terdiri daripada 7 jenis alat.
  • Biola (violin)
  • Seruling (flute)
  • Gitar
  • Ukulele (Cuk)
  • Tenor Banyo (Cak)
  • Cello
  • Double Bass





Kesemua alat yang dimainkan ini berasal daripada eropah. Setiap alat akan dimainkan mengikut corak rentak muzik masing-masing. Sebagai contoh, gitar, cuk,cak,cello dan double bass merupakan alat-alat pembawa rentak manakala flute dan biola akan memainkan melodi. Adakalanya, alat muzik lain seperti vibrofon, gitar Hawaii, akordion atau keyboard akan digunakan untuk mengantikan alat melodi yang tidak ada.

Muzik keroncong terdiri daripada :-
  • Keroncong Asli
  • Keroncong Langgam
  • Keroncong Stambul
  • Keroncong Ekstra








banyak pengetahuan yang telah saya dapat pada hari ini, walaupun terdapat beberapa bahagian yang tidak saya fahami tentang cara bermain alat muzik keroncong ini.tah niah kepada kumpulan pembentang kerana berjaya menbentang dengan baik. Pada hari ini juga, saya berasa gembira kerana pembentangan kumpulan kami mengenai Kuda kepang berjalan dengan lancar. terima kasih kepada semua yang telibat menjayakannya..

sekian...wasalam (^,-)
Teruskan Membaca...

Wednesday, August 18, 2010

MINGGU6 : JURNAL REFLEKSI

salam ...




INFO: Mak yung merupakan satu-satunya muzik tradisional yang menerima pengiktirafan daripada unesco.

Pada hari ini saya telah dapat mempelajari dua lagi jenis muzik tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu muzik mak yung dan kompang. pada hari ini saya sangat teruja untuk mempelajari muzik mak yung kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang muzik ini. setelah mempelajari muzik tradisional ini saya merasakan bahawa muzik mak yung ini adalah satu muzik yang unit dan mempunyai nilai yang tersendiri dalam persembahannya. hal ini demikian kerana mak yung merupakan kategori bentuk Seni Lakon sama seperti Menora, mekmulung dan jikey, yang sangat kuno dan mempunyailagenda dan mintosnya yang tersendiri.seni mak yung ini menggunakan pelakon manusia dan mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental mengisahkan penceritaan.

Sejarah mak yung bermula dari Patani dan telah tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. kira-kira lebih kuarang 200 tahun muzik ini telah dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah yang ketika ini di bawah Naungan Sultan Mohamad ke IV. Di Kampung Temenggung, Kota Bahru, Tengku Temenggung Ghaffar bertanggungjawab dalam latihan, muzik, dan memperhaluisi kostum secara sistematik sehimgga muzik ini bertukar dari Tradisi istana ke Tradisi rakyat.

Tahukah anda penari dalam muzik mak yung ini terdiri daripada perempuan. hal ini demikian kerana pada zaman dahulu raja-raja keluar pergi berperang dan keadaan istana menjadi suram. hal ini telah menyebabkan seni mak yung berkembang untuk menceriakan suasana istana dan penari mak yung ini terdiri daripada perempuan kerana raja-raja tidak membenarkan penari lelaki kerana bimbang puteri dan isteri baginda akan tertarik atau jatuh hati kepada penari-penari lelaki tersebut. selain itu mak yung juga di kaitkan dengan mak yang iaitu semangat padi.

Persembahan mak yung mempunyai tujuan ritual yang dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan pemyembuhan penyakit dan persembahan ini juga sebagai satu persembahan sembah guru. pesembahan mak yung ini dilakukan di aras panggung sama dengan aras tanah dan lantai panggungnya didirikan beberapa kaki dari atas tanah yang beratap. Ruang berlakon adalah di tengah-tengah panggung manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai.

Dalam persembahan mak yung terdapat beberapa lagu seperti mengadap rebab,kijang emas dan lagu sindung. mengadap rebab merupakan lagu terpanjang, mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung. Mengadap rebab merupakan satu simbol penghormatan kepada Rebab dan semangat mak yung. lagu Kijang Mas pula ialah lagu selepas Mengadap Rebab yang dinyanyikan oleh Kumpulan Korus dalam keadaan gembira dan pada korus Pak Yung dan Mak Yung menyanyikan lagi untuk menceritakan sesuatu. bagi lagu sindung pula dinyanyikan Pak yung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.




Rebab 3 tali, sepasang gedang dan sepasang tetawak merupakan alat muzik utama yang dimainkan dalam Mak yung manakala serunai, geduk dan canai merupakan alat tambahan di dalam muzik mak yung. Rebab memainkan melodi utama yang merupakan alat muzik kategori Kordofon kelas kecil Lute.Berbadan kayu berbentuk segi tiga dan muka badan diperbuat menggunkan kulit perut lembu serta terdapat satu bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi rebab.

saya juga turut mempelajari bentuk muzik Mayung iaitu sistem gongan yang dikawal oleh tetawak.Sistem gongan ini menggunakan 8 bit, 16 bit dan 32 bit. manakala iramanya menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting) dengan gaya meningkah. Hampir semua lagu Makyung bertempoh agak pelahan.


KOMPANG




















Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat dan dikenali sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia dipanggil terbang atau rebana yang telah dibawa oleh Pedagang Arab kurun ke 13 Masih. alat ini diklasifikasi membaranofon dalam kelas dram kecil. alat ini kebiasaannya dimainkan oleh masyarakat Melayu semasa meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidulrasul, Berkhatan. pada masa kini kompang dimainkan juga untuk tujuan menyambut ketibaan pemimpin dan di dalam acara-acara rasmi.

Terdapat dua pendapat mengenai asal usul kompang iaitu pendapat pertama menyatakan kompang menyerupai hadrah yang terdapat di negara Arab, manakala pendapat kedua menyatakan lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab. Sebagai contoh Selawat Memuji Rasulullah SAW. Permainan kompang ini dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini manakala perkembangan permainan kompang di Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa





permainan kompang ini sangat unit kerana mempunyai adab semasa memainkan alatan ini. antara abad bermain kom pang ialah pakaian amat dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. adab-adab yang diwujudkan ini mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri bagi melindungi mutu dan hasil muzik alat ini.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis permainan kompang iaitu kompang Hadrah(Negeri Perak), Kompang Johor / Jawa, Kompang Eizhar( Negeri Selangor) dan Kompang Kelalang (Negeri Melaka). selain itu, kompang juga mempunyai pelbagai saiz mengikut peringkat umur seperti:-
  • 30 cm 12 tahun dan ke bawah
  • 32.5 cm 13 dan 14
  • 35 cm 15 dan 16
  • 37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa

















pada hari ini juga, saya mendapat pengalaman yang baru iaitu saya dapat berlajar teknik2 bermain kompang dan saya turut dapat merasai bagaimana cara bermain kompang. permainan kompang ini mem punyai pelbagai teknik. teknik pertama yang saya pelajari ialah cara memengan kompang, kompang dipegang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya.Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’. Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari.

cara bermain kompang



























Terdapat beberapa jenis paluan atau pukulan yang terdapat dalam permainan alat muzik kompang.Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni iaitu kumpulan paluan melalu, meningkah dan menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti kumpulan melalu memainkan rentak asas, kumpulan menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu manakala kumpulan meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan melalu dan menyilang. selain itu, setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu , pukulan lagu dan pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.




selain berlajar mengenai kompang, saya juga didedahkan mengenai cara penjagaan kompang supaya kompang berada dalam keadaan baik dan bunyiknya tidak lari. cara penjagaan kompang ialah kompang yang berada dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya dan sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. hal ini bertujuan untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

banyak pengalaman baru yang telah dapat semasa mengikuti kuliah pada hari ini. saya berasa gembira kerana saya dapat merasai sendiri bagaimana cara bermain kompang walaupun pada awalnya saya susah untuk belajar namun pada akhirnya saya dapat memahami cara bermain kompang setelah dibantu oleh rakan-rakan saya.

























Teruskan Membaca...

Wednesday, August 11, 2010

MINGGU5 : JURNAL REFLEKSI

salam...

kuliah pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai gamelam dan cak lempong. saya telah mempelajari banyak benda baru pada hari ini mengenai gamelan seperti cara permainan gamelan dan jenis-jenis gamelan. sebelum ini saya hanya mengetahui gamelan dan cak lempong sebagi satu muzik tradisional yang berasal daripada jawa.

Tahukan anda bahawa perkataan gamelan beasal dari jawa yang bermaksu ditubuh atau di pukul. hal ini kerana peralatan muzik yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh \serta mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Biasanya permainan muzik gamelan dilakukan lengkap dan sempurna jika dimainkan secara ensembel. gamelan dipercayai berasal daripada Indonesia namum terdapat juga alat gamelan yang same dengan negara jiran lain seperti Thailan, filipina dab beberapa negara lain.



Pada hari ini saya telah mempelajari 2 jenis Gamelan iaitu gamelan Melayu dan gamelan Jawa. Gamelan merupakan kategeri muzik bentuk tarian utama. Gamelan Melayujuga dikenali sebagi gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan yang telah wujud di istana Riau Lingga pada Abad ke 18. muzik ini telah berpindah ke negeri pahang melalui perkahwinan antara keluarga di raja Riau dengan keluarga bendahara Pahang.

Pada awal abad ke 20 berpindah ke Istana Terengganu untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman dar Terengganu dengan Tengku Mariam dari pahang. Dari sinilah bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi, dan melodi. Perubahn ini telah menjadikan muzik gamelan Terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan Jawa. hal ini demikian kerana Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat iaitu gendang, bonang/keromong, saron barung, sarun penerus/pekin, gambang, kenong, dan gong.




Gamelan jawa pula berasal dari Pulau Jawa Tengah dan telah dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. gamelan ini merangkumi merangkumi seni tarian, wayang kulit pruwa,dan kuda kepang. Gamelan jawa biasanya dipersembahkan semasa majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.Gamelan jenis ini boleh masih terdapat di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.Set alat gamelan Johor/Jawa adalah lebih banyak dan permainannya lebih kompleks berbanding gamelan Melayu. hal ini demikian kerana terdapat 9 jenis alat muzik yang terdapat dalamgamelan Jawa iaitu gendang, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus/pekin, gambang, kenong, kempol dan gong.



Kebiasaanya setiap gamelan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan ianya berbeza antara satu sama lain. perbezaan antara gamelan Jawa dan gamelan Melayu dapat dilihat daripada muziknya seperti gong kempol, bonang barung, bonang penerus, saron demong, saron barong,dan gendang. sebagai contoh, gong kempol dalam gamelan Terengganu terdapat sesetangah lagu di mana gong kempol dimainkan pada detik pertama Contohnya, lagu Lenggang Kangkung dan detik keempat pada dua gatra akhir lagu, contohnya lagu Timang Burung. manakala dalam permainan gamelan jawa, gong kempol dimainkan pada detik kedua pada gatra kedua akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu.

selain itu, gamelan Terengganu bonang barongnya digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi manakala gamelan Jawa, bonang barong dimainkan untuk membuka lagu dan dimainkan bagi detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra. dari segi bonan penerus, gamelan Jawa memainkan not sinkopasi (up-beat),secara ‘call and respon’ (soal jawab) kepada Bonang Barong. Manakala dalam permainan gamelan Terengganu, Bonang Penerus akan memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi. Bagi alat saron penerus pula, bagi gamelan Terengganu adalah alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul dan Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver. Seterusnya saron demung bagi gamelan jawa adalah untuk memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul yang disebut sebagai wilahan manakala dalam gamelan Terengganu ia dimainkan pada detik kedua dan keempat.

saya juga turut belajar mengenai tekstur muzik gamelan adalah polifoni iaitu gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara dan ciri utama muzik gamelan ialah bentuknya yang berulang. Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain.

CAK LEMPONG



Cak Lempong juga telah saya pelajari pada hari ini. Antara yang telah saya dapat pelajari dalam kuliah ini cak lempong juga di kenali sbg telempong, tak lempong talempong yang terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di N. Sembilan yang berasal dari Minangkabau. muzik ini digunakan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. alat muzik cak Lempong terdiri daripada Bonang, gereteh, tingkah, sauwah, gendang ibu dan anak, serunai dan bangsi.

ALAT-ALAT CAK LEMPONG


























Pada hari ini juga saya telah mendapat pengalman baru yang begitu menarik sekali. hal ini demikian kerana saya dapat merasai pengalaman sendiri bermain alat muzik bonang.walaupun pada permulaannya agak susah namun dengan tunjuk ajar dari rakan-rakan saya dapat memahami cara bermainnya sedikit demi sedikit. saya berasa seronok dengan pengalaman baru saya ini. terima kasih kepada yang terlibat membantu saya...
sekian




Teruskan Membaca...

Wednesday, August 4, 2010

MINGGU4 : JURNAL REFLEKSI

salam...

Tajuk yang dipelajari pada hari ini sangat menerik iaitu berkaitan dengan wayang kulit. sebelum ini saya haya sekadar mendengar mengenai wayang kulit daripada kawan-kawan saya dan saya tidak mempunyai pengalaman melihat sendiri pertunjukkan wayang kulit, namum pada hari ini saya telah dapat menambah ilmu saya mengenai wayang kulit.




Wayang kulit merupakan teater tradisional kuno malaysia. wayang kulit ini merupakan pengisahan oleh dalang dan bayang-bayang patung diatas kelir, yang memceritakan pelbagai kesah dan mempunyai pelbagai lagu. Wayang kulit terkenal di Malaysia namun ianya sebenarnya berasal daripada india dan ada yang berpendapat bahawa muzik ini berasal daripada China. sebagai contoh dalang yang terlibat dalam Wayang kulit adalah seperti berikut:







Tahukan anda terdapat empat jenis wayang kulit yang terdapat di malaysia antaranya ialah Wayang kulit Jawa, wayang kulit Gedek, Wayang kulit Melayu dan wayang kulit kelantan. wayang- wayang kulit ini sememangnya snagt unik kerana setiap jenis wayang kulit mempunyai keistimewaan masing-masing dan keistimewaan ciri masing-masing telah mewujudkan perbezaan antara wayang kulit-wayang kulit ini. per bezaan antara wayang kulit ini bleh dilihat pada isi cerita, patung, bahasa dan alat muzik yang digunakan.

Wayang Kulit Jawa ceritanya berdasarkan kepada cerita pendawa jawa yang di sadur daripada epik Mahabrata dari India namum tidak melihatkan pengaruh cerita panji. Berbeza dengan wayang kulit Melayu yang memperlihatkan pengaruh cerita panji walaupun dipengaruhi oleh wayang kulit Jawa yang menggunakan epik Mahabrata. Patung wayang kulit jawa secara keseluruhannya menyerupai patung wayang kulit kelantan dan perbezaannya dapat dilihat dari jahitan mata untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa, tetapi patung dalam wayang kulit melayu mudah dikenal pasti mengikut kedudukan kepala. patung baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil dan elok manakala watak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak keatas.
















Alat muzik digunakan oleh kedua-dua wayang kulit ini juga mempunyai perbezaan. hal ini kerana wayang kulit Jawa menggunakan alat muzik berbentuk membrafon dan idiofon seperti gamelan dan ini sangat berbeza dengan wayang kulit melayu yang menggunakan alat muzik berbentuk membrafon, kordofon dan idiofon seperti serunai dan rebab.

terdapat persamaan antara kedua-dua wayang kulit ini. hal ini dapat dilihat dari segi pergerakkan sendi patung. Kedua-dua wayang kulit ini menggerakkan kedua-dua sendi patungnya semasa persembahan. persamaan lain yang boleh di lihat ialah dari segi bahasa. bahsa yang digunakan oleh kedua-dua jenis wayang kulit ini ialah bahasa jawa dan bercampur dengan bahasa tempatan. hal ini demikian kerana wayang kulit melayu banyak menerima pengaruh daripada wayang kulit jawa.


Selain perbezaan antara kedua-dua wayang kulit ini, kita juga boleh melihat perbezaan antara wayang kulit gendek dan wayang kulit kelantan. perbezaan antara kedua-dua wayang kulit ini berlaku disebabkan oleh kawasan mereka yang berbeza kerana wayang kulit gedek banyak di mainkan di sebelah utara semenanjung malaysia manakala wayang kulit kelantan banyak dimainkan dikelantan.






cerita dalam wayang kulit gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong talung yang telah diubah suai mengikut budaya tempatan dan menyelitkan babak cerita yang popular pada masa kini. hal ini berbeza dengan wayang kulit kelantan kerana penceritaan wayang kulit kelantan dipengaruhi oleh hikayat sri Rama yang bersadur epik Ramayana dari India. patung kedua-dua wayang kulit ini juga berbeza kerana patung wayang kulit gedek menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian dan hiasan serta patung-patung ini diukir menghadap kehadapan , manakala patung wayang kulit kelantan yang banyak persamaan dengan patung-patung patani yang diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri diatas kenderaan.

perbezaan lain yang dapat dilihat ialah dari segi bahasa. dalam wayang kulit gedek menggunakanlogha siam dialek Kedah manakala wayang kulit kelantan menggunakan dialek melayu kelantan yang mempamirkan pengaruh pattani. alat muzik yang dimainkan juga berbeza kerana wayang kulit gedek menggunakan kempat-empat kategori alat muzik iaiti kordofon, idiofon, membranofon dan aerofon seperti serunai, geduk,gedombak dan lain-lain manakala wayang kulit kelantan hanya menggunakan tiga kategori alat muzik iaitu gong, canang, kesi dan lain -lain.




wayang kulit yang telah saya pelajari telah memberikan gambaran kepada saya mengenai seni muzik tradisional ini. saya juga akan lebih peka terhadap muzik dan seni yang terdapat dalam wayang kulit supaya saya dapat melihat jenis wayang kulit yang dimainkan dengan melihat pegerakkan sendi patung wayang kulit dan sebagainya. walaupun begitu saya perlu lebih banyak belajar lagi mengenai wayang kulit untuk menambahkan lagi pengetahuan yang mendalam mengenai wayang kulit.


Teruskan Membaca...

Wednesday, July 28, 2010

MINGGU3: JURNAL REFLEKSI

salam...

Pada minggu ini saya telah mempelajari beberapa pekara baru mengenai muzik tradisional di Malaysia seperti kaedah klasifikasi, kategori muzik tradisional Malaysia, dan ciri-ciri muzik tradisional. pengetahuan saya terhadap muzik tradisional di Malaysia adalah sekadar pada muzik-muzik yang terkenal seperti ghazal, zapin, wayang kulit, mak yung, opera china, tarian singa dan dondang sayang. walaupun saya mempunyai pengetahuan mengenai muzik-muzik ini namun tidak secara mendalam dan terdapat sesetengah daripada muzik ini yang saya ketahui hanya sekadar namanya sahaja seperyi ghazal, mak yung dan dondang sayang. Hal ini demikian kerana saya hanya mendengar nama-nama muzik tradisional ini daripada rakan-rakan saya, namun pada kuliah minggu ini saya telah dapat gambaran serba sedikit tentang muzik tradisional yang diceritakan oleh kawan-kawan saya dan saya telah dapat menambah pengetahuan saya mengenai muzik-muzik tradisional Malaysia lain yang terdapat di Malaysia.





Antara pelajaran yang telah saya dapat pada hari ini ialah kaedah klasifikasi muzik tradisional di Malaysia. Kaedah klasifikasi ini terdiri daripada adaptational (penyerapam organik) dan idiosyncratic (cara/ gaya tersendiri). adaptational ini merupakan muzik dipengaruhi oleh budaya setempat. sebagai contoh ghazal, ghazal yang dimainkan di Johor adalah berbeza dengan ghazal pathi yang berasal dari Pulau Pinang. perbezaan antara kedua-dua ghazal ini ialah di dalam ghazal pathi terdapat penari yang akan menari semasa lagu ghazal dinyanyikan tetapi ghazal yang di mainkan di Johor tidak mempunyai penyanyi seperti ghazal di Pulau Pinang. Idiosyncratic pula mempunyai gaya tersendiri dan tidak berubah mengikut budaya tempatan seperti gabus.











perkara yang menarik yang telah saya pelajari pada hari ini ialah terdapat 'Ustaz' di dalam ghazal. Ustaz yang dimaksudkan ini ialh orang yang bertanggung jawab menyanyikan lagu ghazal. panggilan ini adalah kerana ketua yang menyanyikan lagu ghazal ini boleh menyanyikan lagu ghazal dalam bahasa arab dan ustaz ini membawa maksud guru.

semasa kuliah yang lepas saya hanya mempelajari empat kategori alat muzik daripada barat namum pada minggu ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya mengenai kategori alat muzik daripada CHina dan India. ketegori atau penyusunan alat muzik di China adalah berbeza dengan katogeri alat muzik daripada Barat kerana di China terdapat lapan kategori alat muzik iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Di India pula, terdapat empat kategori penyusunan alat muzik iaitu gong, simbal, dan loceng, gendang, alat bertali dan alat tiupan. sistem penyusunan alat muzik ini telah berkembang sejak abad pertama sebelum masihi, dan ini menunjukkan bahawa masyarakat India lebih awal membuat penyusunan dalam jenis-jenis alat muzik mereka berbanding dengan Barat yang agak lewat.

Tahukan anda bahawa dalam muzik tradisional Malaysia terdapat dua ciri utama iaitu Tradisi Besar ( budaya klasik/ istana) dan Tradisi kecil (Budaya rakyat). kedua-dua ciri ini mempunyai banyak perbezaan namun begitu masih terdapat beberapa pekara yang sama antara kedua-dua muzik ini. Tradisi besar juga dikenali sebagai muzik klasik merupakan muzik yang dimainkan di Istana atau bandar dan mempunyai asas sejarah dan teori yang kukuh sehingga membolehkannya dipelajari melalui transaksi intelek serta sistematik seperti gamelan. Berbeza dengan transaksi kecil atau muzik rakyat yang hanya dimainkan oleh masyarakat petani atau desa dan tidak mudah berubah kerana pelajarannya secara bersahaja dan lebih kepada peniruan seperti wayang kulit.

saya turut mempelajari mengenai muzik sinkretik. Muzik ini di maikan di bandar dan di desa kerana muzik ini dihasilkan dengan gabungan antara muzik klasik dan muzik rakyat. Hal ini demikian kerana muzik sinkretik merupakan muzik yang merangkumi dua unsur muzik di dalamnya seperti ghazal. pada hari ini, masyarakat di Malaysia lebih berminat mendengar muzik yang bercirikan barat yang dikenali sebagai muzik kontemporary. Muzik ini adlaah bercirikan muzik barat yang digubah oleh pemuzik popular dan beleeh berubah dalam masa yang pendek. muzik ini mempunyai satu sistem notasi dan sistematik serta turut meminjamnya dari luar.

pelajaran lain yang dapat saya pelajari pada hari ini ialah mengenai enam ciri-ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderuag, vokal dan intrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain. Dalam bahagian ini saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai muzik tradisional di Malaysia yang sebelum ini tidak saya ketahui. sebagai contoh, ensembel genderang mempunyai ciri-ciri stand alone, boleh digunakan dalam upacara dan retual tertentu atau seni mempertahankan diri.

keseluruhannya, pelajaran yang saya dapat pelajari pada hari ini sangat menarik walaupun terdapat beberapa perkara yang agak sukar untuk difahami. walaubagaimana pun dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah telah banyak membantu saya untuk lebih memahami tajuk ini. sebagai contoh, pensyarah telah menyuruh pelajar kursus muzik menunjukkan rentak permainan kompang tanpa menggunakan kopan tetapi hanya dengan menepuk tangan telah berjaya memberikan gambaran kepada saya mengenai muzik kompang.

selepas mempelajari topik hari ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya dengan mengaplikasi pengajaran yang diajar oleh pensyarah dan sentiasa memandang secara kritikal setiap muzik yang saya dengar dan lihat.
Teruskan Membaca...

Friday, July 23, 2010

MINGGU2: JURNAL REFLEKSI

salam...

kuliah minggu pada minggu ini adalah menarik walaupun ini merupakan kuliah pertama yang telah saya hadiri. Kuliah yang diberikan telah banyak menambah ilmu pengetahuan saya mengenai apa itu muzik , walaupun terdapat sesetengah perkara yang sukar difahami oleh saya.

Sebelum saya mengikuti kuliah ini saya beranggapan bahawa muzik hanya sekadar lagu dan alat muzik. Walaupun saya suka mendengar lagu dan sering mendengar lagu, hanya mengetahui beberapa jenis alat muzik yang biasa dimainkan seperti gitar, piano, biola, gendang, kompang, dan dram. Saya tidak mengetahui apa itu muzik, jenis-jenis alat muzik dan tidak mempunyai minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'apa itu muzik', Namun setelah mengikuti kuliah ini selama dua jam saya berasa muzik adalah satu pekara yang unit dan saya perlu diketahui tentang 'apa itu muzik'.

Setelah berada selama dua jam dalam kuliah, banyak maklumat mengenai muzik yang saya perolehi seperti soundscape, sejayah, budaya muzik, katogeri alat muzik dan konsep atau struktuk muzik yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.
sebelum ini saya tidak pernah terfikir bahawa bunyik-bunyik yang dihasilkan oleh kita setiap hari boleh menghasilkan sebuah musik yang menarik, namun setelah mempelajari mengenai soundscape saya telah mengetahui muzik boleh dihasilkan melalui pelbagai cara tanpa menggunakan alat muzik.





Tanpa kita sedari muzik adalah berbeza bagi setiap negara walaupun muzik yang dimainkan adalah seakan-akan. sebagai contoh muzik hip hop yang dimainkan di Malaysia adalah berbeza dengan muzik hip hop yang dimainkan di negara Korea walaupun muziknya adalah seakan-akan sama. Hal ini demikian kerana budaya yang berbeza bagi negara-negara ini menyebabkan muzik yang dihasilkan agak berbeza antara satu sama lain.

Tahukan anda bahawa muzik tradisional di negara kita telah banyak dipengaruhi oleh muzik daripada negara luar seperti negara di Asia Barat, China, india dan negara-negara sekitar Malaysia. pengaruh ini disebabkan oleh proses asimilasi dan interaksi budaya yang berlaku pada zaman dahulu.

Pengetahuan baru yang dapat saya ketahui semasa kuliah dijalankan ialah alat muzik dibahagikan kepada empat kategori. Kategori- kategeri alat muzik ialah Kardofon (muzik yang menggunakan tali), membrafon (muzik yang dihasilkan dengan menggunakan kulit ), aerofon ( bunyik melalui lubang udara) dan idiofon ( muzik yang dihasilkan melalui tindak balas rangka badan).

Di akhir kuliah, saya dapat mempelajari mengenai konsep-konsep yang terdapat di dalam muzik seperti melodi, ritma/ meter, harmoni, bentuk atau forum, notasi, ekspresi/ tafsir yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. walaupun agak sukar untuk difahami namun saya berasa seronok mempelajari tentang tajuk ini.
Melalui ilmu yang telah saya perolehi semasa mendengar kuliah pada minggu ini menjadikan saya lebih peka kepada bunyik-bunyian yang sering didengari di sekeliling saya. saya juga, boleh mengaplikasikan pengajaran yang diajar dengan mengelaskan alat muzik yang dimainkan semasa mendengar lagu.

Teruskan Membaca...

BIODATA

Nama

Lubna Binti Md Ghaus

No Matriks

D20081032657

Program

Pendidikan Sejarah

Kumpulan

A

Semester

Lima (5) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

lubnaice@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252lubna.blogspot.com

Negeri Asal

Melaka

Foto



Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 LUBNA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template